Archive for the ‘JPNJ’ Category

Resolusi Muntada Bahasa Arab Tahun 2009

” Mengangkat Peranan Bahasa Arab dalam merealisasikan Sekolah Unggul”

Begitulah tema muntada tahun ini.

Muntada Bahasa Arab telah selesai dilaksanakan di peringkat negeri Johor, tiada kata selain Alhamdulillah ku rafa’ kepada Allah SWT. Semua berjalan lancar dan mendapat kerjasama banyak pihak.

Terima kasih kepada kelima-lima pembentang yang telah membentangkan kertas kerja masing-masing. Juga terima kasih setingginya kepada Jawatankuasa pengelola muntada di daerah Batu Pahat dan Kulai. Tanpa bantuan kalian, muntada ini pasti tidak lancar dan pincang di sana sini.

Ya..seperti yang saya lontarkan dalam mukaddimah Muntada ini bahawa:

إن هذا المنتدى….. منتدى للاشتراك

إن هذا المنتدى…منتدى لتبادل الآراء والخبرات

Apa yang diharapkan guru-guru Bahasa Arab di negeri Johor khususnya dapat mengambil manfaat dan pengalaman daripada para pembentang pada muntada tersebut.

Saya sangat teruja menjalankan khidmat untuk bahasa ini! Semoga hayat di dunia ini juga berakhir dengan perjuangan mengangkat setingi-tinginya bahasa ini di tanahair tercinta.

Resolusi Muntada

Selaras dengan kajian yang telah dibentangkan di konvensyen dan perbincangan yang berkaitan. Maka kami, bersetuju untuk bertindak atas resolusi berikut:

وفقاً لما قدم في منتدانا هذا من بحوث ودراسات وما دار فيه من مناقشات،

فإننا نحن نعرب عن موافقتنا على القرارات التالية

  1. Perlu memelihara, menghayati, melaksanakan dan menyebarkan Bahasa Arab untuk mengangkat peranan bahasa ini dalam merealisasikan misi Sekolah Unggul.

تنفيذ ورعاية ونشر اللغة العربية لدى المدارس لإعلاء دور هذه اللغة في تحقيق رسالة المدرسة النبيلة.

2. Perlu merancang strategi P&P Bahasa Arab yang menarik dan berkesan serta mampu diimplementasikan secara benar, serta mempunyai kekuatan untuk membebaskan persepsi murid dan masyarakat dari salah faham yang merugikan perkembangan bahasa Arab. Ini termasuklah mengatakan mata pelajaran Bahasa Arab sebagai mata pelajaran yang susah.Kita mestilah menonjolkan imej sebenar Bahasa Arab yang cemerlang.

تخطيط استراتيجي للتعليم والتعلم الجذاب والفعال والقدرة على تنفيذها الصحيح والقدرة على تحرير سوء التفاهم في اللغة العربية لدى الطلبة والمجتمع الذي يشوه انتشار اللغة العربية. ومن ضمن سوء التفاهم، الفكرة التي تقول بأن تعلم هذه اللغة  صعب. إذن يجب علينا أنْ نقدم اللغة العربية بصورتها الحقيقيّة المشرقة

3. Kemudahan teknologi dan sumber sedia ada harus dieksploitasi secara optimum sehingga guru dan murid dapat mengambil dan memanfaatkannya selagi tidak bertentangan dengan objektif pengajaran bahasa dan nilai-nilai Islam.

استغلال التكنولوجيا الحديثة والمصادر المألوفة  حتى يكون المدرسون والطلبة مستفيدين بها طالما لا تخالف أهداف تعلّم اللغة والقيم الإسلامية

4. Perlu melaksanakan Kajian Tindakan yang berkaitan dengan pemantapan dan peningkatan mutu Bahasa Arab sehingga memiliki kemahiran keguruan atau skill profesional yang tinggi dalam pengajaran bahasa Arab.

تنفيذ البحث العلمي الذي يتعلق بكفاءة رفع مستوى اللغة العربية لاكتساب مهارة التعلّم في تعلم اللغة العربية

5. Perlu mengada dan menjalankan program pendidikan, penyelidikan, pelatihan, penyiaran, penerbitan yang meningkatkan tahap kemahiran guru.

القيام على البرامج التربوية والدراسية والتدريبية والبث والطباعة التي منها يرفع كفاءة المدرسين

6. Perlu melakukan pemantauan dan penilaian terhadap resolusi-resolusi yang diputuskan bagi memastikannya dilaksanakan dengan berkesan.

القيام على مراقبة وتقييم للقرارات المعتمدة للتأكيد على تنفيذها

06112009084

Muntada di SMK Senai, Kulaijaya

DSCN7239

Ust. Rizal, Ust. Muhidir & Ustz Saerah

DSCN7242

Ust, Razali Sohibul Kaff & Ust Faizah Elias

DSCN7246

Saya mengendalikan sesi resolusi

DSCN7240

Persembahan kalam jamaei..menarik!

Advertisements

Musolla Al Hakim

12 Nov yang lalu satu majlis penganugerahan Musolla Al Hakim peringkat negeri telah dilaksanakan. Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh Yang Berbhg Tn Hj Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor. Dalam ucapan, beliau mengutarakan peri penting surau/musolla dijadikan satu tempat penting di sekolah. Ia boleh dijadikan tempat kaunseling selain daripada P&P, solat dan aktiviti keagamaan yang biasa dijalankan.

Menariknya, majlis penganugerahan diadakan di SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru. Sekolah ini dipilih menjadi tuan rumah sebagai pengiktirafan kerana terpilih sebagai Johan Anugerah Musolla Al Hakim kali ke 2. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan penilaian yang menyeluruh tidak setakat prasarana yang cantik dan lengkap tetapi melihat juga kepada penggunaan surau dan penglibatan warga sekolah dalam pengimarahan surau sekolah.

Semoga pada tahun-tahun akan datang, prestasi wakil-wakil daerah akan terus meningkat dan seterusnya surau sekolah menjadi satu institusi kecil berperanan besar di sekolah-sekolah.

 

DSCN7364

Kehadiran Tn Pengarah Pelajaran Johor

DSCN7354

Surau Ar Rahman ...SMK Tun Syed Nasir Ismail

Penuh dengan informasi, di kotak hujung tu ada mayat berkafan!

(Gambar di atas)Di hujung tu ada kotak yang menempatkan mayat berkafan…fuh terkejut!

 

DSCN7389

Johan..Surau Sek. Menengah

DSCN7355

Halaman luar pun dimanfaatkan..

 

 

 

Doa..doa.

Hari Isnin 18 Ogos yang lepas, YAB TPM @ Menteri Pelajaran bertandang ke Johor Bahru untuk program Bicara bersama Pemimpin sempena program Perhimpunan perpaduan & integrasi pemimpin murid peringkat kebangsaan. Program yang berskala besar ini menuntut pengendalian yang cekap. Jabatan Pelajaran Johor nampaknya berjaya melaksanakan program ini dengan baik sekali. Saya diminta memimpin bacaan doa utk majlis bersama TPM itulah…lalu saya lihat acara yang akan berlangsung dalam majlis tersebut. Ya…ada persembahan pelajar. Saya selalu diminta memimpin bacaan doa…sejak saya bertugas sebagai guru di Batu Pahat. Bermacam majlis saya baca doa. Daripada program peringkat kebangsaan hinggalah majlis harijadi :).. Si pembaca doa selalunya akan diminta duduk di barisan hadapan….tapi paling tepi (supaya senang nak keluar ke pentas!) bukan sebab gred jawatan tinggi :). Isu yang sering ustaz-ustaz perkatakan ialah apa hukum kita baca doa dalam majlis yang ada unsure lagha dan bermaksiat. Ya, inilah isu yang sering kali diaju pada saya. Minta saya jawabkan. Jawapan ustaz-ustaz terbahagi kepada 3 (lebih kurang laa). Satu golongan bertegas kata tak boleh langsung, satu pihak kata boleh saja dan pihak terakhir kata tengok pada acaranya. Jika terlalu banyak maksiat tak boleh. Jika tak terlalu teruk acaranya boleh juga.
Saya mengambil pendirian untuk melihat kepada cara dan kandungan doa bersesuaian dengan majlis yang saya hadiri. Apa yang saya pastikan setiap doa yang saya pimpin saya akan bawakan segala puji dan puja saya kepada Allah SWT. Kita lafazkan kata-kata tauhid. Kita tegaskan keesaan Allah SWT. Tuhan yang Tunggal tiada sekutu bagi Nya. Saya tuturkan selawat kepada Junjungan Agung kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya. Kemudian kita mohon Allah memberikan sekalian yang hadir diberi rahmat, kasih sayang dan hidayah. Petunjukdaripada Allah itu amat penting bagi insan. Lantas saya selitkan juga unsur dakwah. Sebagai contoh kita memohon perkara baik dan dalam masa yang sama kita sebut apa yang kita mohon untuk dihindari. Oh…begitu jadinyahadirin akan tahu apa dia sifat mazmumah, apa dia sifat mahmudah. Berdoalah untuk peroleh hidayah, berdoalah apa sahaja…namun jangan sekali merendahkan diri dengan memohon keberkatan untuk perkara maksiat yang manusia lakukan.
*Jangan baca doa kat majlis pertandingan Bina Badan dan acara renang !!!

Pentas utama

Pentas utama


Sebahagian peserta..1Malaysia.

Sebahagian peserta..1Malaysia.

Mesyuarat Pembinaan Modul Budaya Kerja Cemerlang JPN Johor

Hari ini dan esok saya di Hotel Seri Malaysia Mersing untuk bermesyuarat bersama-sama kumpulan pegawai SPI dan guru-guru cemerlang negeri Johor merangka modul kerja cemerlang. Semoga modul yang dirangka untuk diguna pakai dalam meningkatkan amalan kerja cemerlang menurut perspektif Islam dapat disempurnkan.

Disebelah Ustaz Omar, Ketua Unit Dakwah

Disebelah Ustaz Omar, Ketua Unit Dakwah

Sibuk menyelesaikan tugasan

Sibuk menyelesaikan tugasan

%d bloggers like this: