TAFAKKUR


(ringkasan daripada kitab Risalatul Mu’awanah oleh al-Imam al-Haddad)

“Khususkanlah suatu masa untuk bertafakkur pada segala ciptaan Allah Taala pada setiap siang dan malam, kalau tidak banyak jangan sampai tidak ada sekali”. (Imam alHaddad)

Rasulullah SAW bersabda: Bertafakkur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.

Bagaimana dan apakah faedah daripada bertafakur?

BilJenis TafakurFaedah
1Bertafakkur pada keajaiban ciptaan Allah Taala yang luar biasa, kesan-kesan kekuasaanNya lahir dan batin, serta bukti-bukti yang ditunjukkan pada kerajaan bumi dan langitNya.Menambah makrifat tentang Zat Allah Taala, sifat-sifatNya dan asma’Nya.
2Bertafakkur pada kenikmatan Allah, kurniaan serta pemberianNya kepada diri kita dengan pelbagai nikmat.Terpenuh hati dengan kecintaan kepada Allah Taala, dan tersibuk lisan dengan mensyukuri secara btin dan lahir.
3Bertafakkur bahawa ilmu Allah yang mendalam terhadap diri kita, pemandanganNya kepada kia serta semua rahsia kita terdedah kepadaNya jua.Merasa malu terhadap Allah, tidak mahu berada di tempat maksiat dan malu jika tidak berbuat akan suruhan Allah.
4Bertafakkur atas kelalaian diri kita dalam menjalankan ibadat dan kecuaian kita melakukan apa yang Allah larang sehingga mengundang kemurkaanNya.Menambahkan ketakutan kepada Allah Taala dan menjadikan kita sentiasa mencela diri dan memburukkan perilaku keji sehingga kita berupaya meninggalkan kecuaian dan bersegera berbuat amalan baik.
5Bertafakkur memikirkan tentang kehidupan dunia yang terlalu banyak urusan dan bencananya kemudian lenyap ia, berbanding kehidupan akhirat yang kekal abadi berserta kenikmatan.Membuahkan semangat zuhud kepada keduniaan dan menimbulkan keinginan yang sebenar kepada akhirat.
6Bertafakkur akan kedatangan maut dan akan berlaku penyesalan sesudah terluput semua amalan.Pendek cit-cita (dunia) dan memperbaiki amalan serta menyediakan bekal amalan sebelum datang hari kematian datang secara tiba-tiba.
7Bertafakkur ke atas akhlak dan budi pekerti yang mulia. Fikirkan tentang apa yang Allah kurniakan kepada para kekasihNya daripada kaum wali juga apa yang Allah janjikan balasan kepada orang yang engkar.Mencintai orang-orang yang berbahagia, menekan diri untuk terus beramal dengan amalan mereka serta berakhlak seperti mereka.
  • Bertafakkur hendaklah sesuai dengan panduan daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis, bukan berfikir tentang Zat Allah Taala agar tidak terjerumus kepada penyelewengan faham aqidah yang mentasybihkan/ mentajsimkan (menyamakan) Allah Taala dengan makhluk.
  •  Sentiasa menghadirkan Allah Taala dalam hati.
  • Segerakan amalan yang baik-baik.

Disediakan oleh: alfaqer AHMAD ZAKUAN BIN MD KHUDZAIRI

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: