REZEKI DARIPADA SUMBER YANG TIDAK TERJANGKA


Ayat seribu dinar antara ayat al Quran yang popular di kalangan umat Islam di Malaysia. Barangkali indikator popularnya bolehlah diukur daripada banyaknya frame ayat tersebut yang digantung di rumah-rumah, kedai dan pejabat. Di rumah saya sendiri ada 2 buah frame ayat seribu dinar yang belum bergantung (kedua-duanya adalah hadiah, walhamdulillah. Sebenarnya saya sukakan dinding yang kosong hehe).

Kandungan ayat seribu dinar menyatakan kepada kita akan kelebihan hamba yang bertaqwa. Kelebihan yang dimaksudkan itu ialah almuttaqiy / orang yang bertaqwa akan diberi jalan keluar atas apa yang dihadapi dan dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak terjangka.

Malam selepas solat fardu maghrib, 2 Zulqaedah 1431H bersamaan 9 Oktober 2010 saya berpeluang bertemu dan duduk dalam satu majlis ilmu seorang tokoh ilmu hadis daripada Nadwatul Ulama’, India iaitu AsSyeikh Al Muhaddis Salman Al Husaini An Nadwi.  Majlis tersebut berlangsung di Pusat Pengajian Ba’alawi Kuala Lumpur.

Syeikh Salman

Berdiri: TG Ahmad Fahmi Duduk: Syeikh AlMuhaddis Salman AnNadwi

Assyeikh walaupun kepenatan daripada musafir ke Jakarta, Banjarmasin, Kelantan dan Kedah tetap bersemangat menyampaikan ilmu dan misi menyebarkan kepentingan menuntut ilmu dengan bersanad. Beliau menyatakan kekuatan ilmu Islam yang berlangsung daripada zaman Rasulullah SAW hinggalah sekarang  adalah berpunca daripada pengajian bersanad. Keaslian ilmu dan amanah ilmiah yang dipegang oleh para alim ulama adalah kunci kepada kelangsungan sunnah dan syariah.

Pada akhir pengajian malam tadi Assyeikh telah memberikan amanah kepada para alim ulama yang hadir, para asatizah dan juga semua pencinta ilmu yang hadir untuk memegang amanah untuk menyebarkan ilmu dan tidak menyembunyikannya. Sebagaimana assyeikh meminta semua yang hadir berpegang teguh kepada al Quran dan asSunnah.

Dalam masa lebih kurang sejam assyeikh telah menceritakan kaitan antara al Quran dan Hadis yang menjadi syarih atau penerang yang menjelaskan makna wahyu dalam al Quran.  Kaedah menyampaikan hadis pada zaman di mana pembesar suara belum wujud lagi atau belum digunakan lagi dalam kelas pengajian hadis juga diceritakan.  Dalam majlis pembacaan hadis selalunya ada murid yang bertindak sebagai mustamli (penyampai hadis). Mustamli akan berada di tempat-tempat tinggi atau di atas pokok  untuk mengulang perkataan yang disampaikan oleh tuan guru. Sekiranya tuan guru menyebut haddathana fulanun maka mustamli akan mengulang haddathana fulanun, berturutanlah mustamli yang berada lebih jauh jaraknya untuk mengulang patah perkataan tersebut.

Benar saya berasa sangat beruntung diberi nikmat ilmu pada malam tadi. Apatah lagi ceramah assyeikh dalam bahasa Arab yang begitu jelas dan sangat menarik! Beliau pemidato yang hebat!

Usai kuliah semua yang hadir bersolat jamaah Isya dan sekali lagi diimamkan oleh Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam alBanjari alNadwi alMaliki. Saya berkongsi rasa syukur dapat hadir dan memperoleh sesuatu yang bermakna bersama anak saya Anas Hayyan (untung benar dia baru berumur 10 tahun telah beroleh ijazah hadis), adik saya Zainan serta isterinya Nursyafini, sahabat saya Ainol Kusyairi (penulis buku PTS-tahniah bersemangat hadir walaupun datang jauh dari Penang!) dan Ustaz Syed Abd Hafiz Ben Yahya daripada JPN Kuala Lumpur.

Terima kasih tuan rumah Pusat Pengajian Baalawi yang gigih menganjurkan majlis ilmu dari masa ke masa. Semoga beliau terus dikurniakan rezeki halal dan kesihatan yang berpanjangan untuk membantu penyebaran ilmu ini.

 

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by Habib Ahmad on Oktober 13, 2010 at 8:47 am

    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Zahir (Masjid Negeri, Kedah) Alor Setar, Kedah
    Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Asyakirin, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Selat, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Tanjung Aru, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid At-Taqwa, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    blog pondokhabib wordpress

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: