Lelah & Inovasi


Semalam 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadan 1431H saya ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Saya memohon kebenaran Ketua Jabatan untuk membawa anak ketiga saya Anwar Hakim ke klinik kerana dia menampakkan simptom semput. Sukar bernafas dan bunyi wisel di dada ketika menarik nafas adalah antara tanda-tanda lelah/asma.

Apa yang menarik di Klinik Kesihatan Putrajaya ialah penggunaan teknologi dalam melayan pelanggan/pesakit yang datang untuk menerima rawatan dan sebagainya. Saya mendaftar dan menerima kad lawatan pesakit.

Kad lawatan pesakit

” Encik bawa kad ini ke kaunter rawatan, scan kad ini dan tunggu nombor encik dipanggil ya” kata jururawat di bahagian pendaftaran.

“Wah, bagus ya. Ada pengalaman baru hari ini!” saya bercakap seorang diri.

Oleh kerana Anwar sakit lelah, dia dibawa terus ke sudut nebulizer. Lalu menyedut gaslah dia. Setelah dua kali sesi nebulizer, Anwar masih mengalami simptom lelah.

Agak mencabar apabila menunggu lama giliran bertemu doktor. Klinik ini mencatatkan purata pesakit yang datang ialah sekitar 1200 orang sehari! Ramainya!

Apa pun layanan semua staf dan doktor sangat bagus. Doktor memberikan Anwar ‘ bekal’ inhaler untuk digunakan di rumah. Selesai pemeriksaan dengan doktor, saya dipesan ” Lepas ini ke  bahagian farmasi. Encik scan kad rawatan dan tunggu nombor dipanggil ya. Maklumat ubat dan inhaler sudah dalam makluman farmasi “.

“Oh, online system!” sekali lagi saya berkata hanya dalam hati. Kita tak perlu bawa deskripsi ubat ke farmasi sendiri atau jika di sesetengah hospital ada pembantu yang bertugas ambil kenyataan doktor ke bahagian farmasi.

Pengalaman ini memngingatkan saya tentang inovasi. Inovasi banyak memudahkan kerja kita. Ringkasnya inovasi bermaksud MELAKUKAN KERJA YANG SAMA DENGAN CARA YANG BERBEZA DAN LEBIH BERKESAN. Untuk melayan 1200 orang pesakit sehari memerlukan inovasi dan cara penyelesaian yang berkesan. Benar masa menunggu pemeriksaan doktor agak lama. Tapi tanpa pengurusan yang sistematik saya rasa masa menunggu akan lebih lama dan meresahkan semua pihak.

Alhamdulillah…pengalaman adalah satu pengajaran. Terima kasih dan kepada semua kakitangan Klinik Kesihatan Putrajaya! Oh teringat nak bagi Anwar makan ubat dan observe cara dia guna inhaler.

Janganlah sampai besar Anwar pakai alat ini.

Advertisements

6 responses to this post.

  1. Posted by hananhamzah on Ogos 19, 2010 at 1:27 am

    Rajin abah Anwar ni… Memang abah mithali!

    Balas

  2. 🙂
    Bila enta bercerita tentang kecanggihan klinik Putrajaya, membuatkan ana teringat pengalaman yang sama yang pernah ana alami di sini. Scan resit pendaftran utk nombor giliran dan urusan2 lain. Dan cerita enta ini juga membuatkan ana berfikir, enta mesti tak pernah pergi klinik dalam UTM Skudai (yang dekat dengan rumah enta di JB ni).

    Kenapa ana berkata demikian? Kerana sejak ana mula2 apply j-QAF (awal 2005), ana pernah buat medical checkup di sana, dan mereka telah menggunakan teknologi yang sama yang enta ceritakan. Malah medical checkup yang kalau di buat di hospital2 kerajaan memerlukan temujanji dan memakan masa seminggu hingga 2 minggu, tetapi di klinik UTM Skudai hanya memerlukan lebih kurang 45 minit, semuanya selesai. Bayaran pun tidak lah terlalu mahal. Sangat2 berpatutan. Malah sangat teruja bila urusan medical checkup berlaku dalam tracknya sendiri dan ada yang self servis seperti ujian tekanan darah dengan menggunakan mesin canggih. Hulur je tangan dalam lubang, keluarlah resit resultnya. Simpan, dan pergi ke next station. Ambil tabung urine test. Letak je, tak sampai berapa minit, keluar result. Next station, x-ray pun begitu juga. Semuanya cepat dan pantas. Sejak dari tu, selalu juga ana ke klinik di UTM tu. Menikmati kemodenan dan inovasi bak kata enta.

    Tapi, mereka masih menggunakan slip ubat! Tak macam yang enta cerita. Walaubagaimanapun, satu klinik swasta di Taman Daya JB ni juga ana pernah temui klinik yang menggunakan teknologi yang sama. Doktornya menggunakan komputer touch screen menulis slip ubat, dan slip tu terus dapat di baca di kaunter farmasi.

    Urusan dunia hari ini semakin mantap! Semoga amal ibadat kita juga semakin mantap seiring dengan kemodenan yang dirasai.

    Semoga Anwar segera sembuh!

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on Ogos 20, 2010 at 1:30 am

      Tahniah Mior! Kalau ada anugerah komen terpanjang dalam blog ni, enta pemenangnya!! hehe

      Ana terfikir juga kalau di sekolah-sekolah kita mengaplikasikan konsep yang sama memang hebat sekolah itu. Barangkali yang terfikir di benak pentadbir sekolah ialah persoalan kos mengadakan aplikasi moden dan canggih. Ah! ini pemikiran yang salah, tak semua inovasi memerlukan perbelanjaan yang mahal. Yang penting, kemahuan untuk memerah sedikit idea dan berani mencuba.

      Thanks kerana kongsi pengalaman menarik enta tu.

      Balas

      • hahaha.. boleh lah wujudkan anugerah tu! 🙂

        ya betul! byk inovasi boleh diceduk dari yang dah sedia ada. Istilah KAIZEN dari Jepun – Ambil yang baik, buang yang tidak baik, hasilkan sesuatu yang lebih baik!

        🙂

  3. Posted by Fakah Khalifah Saka on Oktober 3, 2010 at 10:29 am

    Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

    SILA KLIK http://www.docstoc.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    • Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    • Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
    • 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    • Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    • Jom Kenali Dr Maza & Co
    • Ahlul Bait Yang Dicerca

    SILA KLIK http://www.4shared.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Rasulullah Budak Kampung
    • Maulid Tandingi Krismas
    • Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
    • Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
    • Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

    Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: