Dialah teman dalam semua situasi.


Saya dan dia berbeza. Cara fikir saya dan dia berbeza. Kesukaan saya dan dia ada yang sama, tapi banyak juga yang tak sama. Namun saya sangat perlukan dia. Bezanya saya dan dia, memberikan suasana  dan nuansa harmoni. Kami sering berbeza pendapat tapi akhirnya kami sepakat. Begitulah selalunya ia berakhir. Saya perlukan isteri saya Hanan.Puas saya cuba jadi semacam dia, gagal. Dia puas berfikir gaya saya, juga gagal. Memang kami disatukan atas perbezaan.

Sebagaimana malam perlukan siang untuk malam kekal sebagai malam. Setiap sesuatu Allah SWT jadikan dengan berpasangan. Ironinya pasangannya adalah berbeza sekali antara satu sama lain. Lelaki pasangannya perempuan, malam pasangannya siang, panas pasangannya sejuk. Pasangan yang tidak berbeza, adalah pasangan songsang! Sebagaimana apabila lelaki berpasangan dengan lelaki, perempuan berpasangan dengan perempuan.

Hayatilah sunnatuLlah ini yang menjadikan setiap satu makhluknya berpasang-pasangan dan berbeza. Ia untuk kita saling mengenal sebagaimana Allah jadikan manusia dengan pelbagai bangsa. Kepelbagaian ini untuk kita saling mengenali bukan saling memusuhi dan menjadi alasan kepada perpecahan.  Perbezaan sebenarnya mengukuh antara satu sama lain.

Saya semakin menghargai apa jua ketentuan dan nikmat kurniaan Allah SWT, Alhamdulillah.

Saya dan isteri tercinta

4 responses to this post.

  1. Sebagaimana apabila lelaki berpasangan dengan lelaki, perempuan berpasangan dengan perempuan?

    Ishk, bahaya ni!
    🙂

    p/s: entri romantis ni sebab tiba-tiba teringat isteri selama di Kuching ke?

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on Julai 30, 2010 at 1:09 am

      “Pasangan yang tidak berbeza, adalah pasangan songsang! Sebagaimana apabila lelaki berpasangan dengan lelaki, perempuan berpasangan dengan perempuan.”

      Hang ni yazid, baca ayat sebelumnya!

      Balas

  2. Wah!..
    Biarpun kata-kata ini nampak seperti biasa kedengaran dalam motivasi suami dan isteri, tetapi ianya jarang-jarang dapat dihayati dengan baik.

    Ana suka entri ini kerana terharu dan terdidik. Terima kasih akh, wa jazaakallah.

    p/s : waktu habis baca, terfikir dengan apa yang ditulis oleh zaid di atas.. 🙂

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on Julai 30, 2010 at 1:11 am

      Salam Akh Mior,
      Alam terbentang jadikan guru…
      Kita ini dah makin berumur, makin banyak ilham kot hehe.

      Balas

Tinggalkan Jawapan kepada ahmadzakuan Batal balasan