Archive for Julai 2010

Dialah teman dalam semua situasi.

Saya dan dia berbeza. Cara fikir saya dan dia berbeza. Kesukaan saya dan dia ada yang sama, tapi banyak juga yang tak sama. Namun saya sangat perlukan dia. Bezanya saya dan dia, memberikan suasana  dan nuansa harmoni. Kami sering berbeza pendapat tapi akhirnya kami sepakat. Begitulah selalunya ia berakhir. Saya perlukan isteri saya Hanan.Puas saya cuba jadi semacam dia, gagal. Dia puas berfikir gaya saya, juga gagal. Memang kami disatukan atas perbezaan.

Sebagaimana malam perlukan siang untuk malam kekal sebagai malam. Setiap sesuatu Allah SWT jadikan dengan berpasangan. Ironinya pasangannya adalah berbeza sekali antara satu sama lain. Lelaki pasangannya perempuan, malam pasangannya siang, panas pasangannya sejuk. Pasangan yang tidak berbeza, adalah pasangan songsang! Sebagaimana apabila lelaki berpasangan dengan lelaki, perempuan berpasangan dengan perempuan.

Hayatilah sunnatuLlah ini yang menjadikan setiap satu makhluknya berpasang-pasangan dan berbeza. Ia untuk kita saling mengenal sebagaimana Allah jadikan manusia dengan pelbagai bangsa. Kepelbagaian ini untuk kita saling mengenali bukan saling memusuhi dan menjadi alasan kepada perpecahan.  Perbezaan sebenarnya mengukuh antara satu sama lain.

Saya semakin menghargai apa jua ketentuan dan nikmat kurniaan Allah SWT, Alhamdulillah.

Saya dan isteri tercinta

فن تقديم اللغة

Jangan lampaui had itu!

Islam mengajar umatnya agar hidup dalam syariat. Ini bermaksud hidup dalam undang-undang, peraturan dan ketetapan seperti yang diajar oleh Baginda Nabi Muhammad SAW berdasarkan al-Quran dan apa yang  jelas dianjurkan dalam hadis Baginda SAW sendiri.

Ketetapan dan peraturan itu ibarat satu bulatan yang ditandai dengan satu garisan sekelilingnya, anda mahu selamat jangan lepasi garisan ini! Berilah hak kepada yang layak menerimanya sahaja. Jangan sesekali tersilap percaturan. Jika tersilap, maka bersegeralah undur dan perkemaskan diri. Kita mungkin kurang kukuh berdiri lantas mudah ditolak lalu terlanggar dan melepasi kadar sepatutnya.

Manusia sering kali lupa. Pernah dahulu berbuat silap malah berkali-kali, jangan teruskan kesilapan itu. Pernah dahulu terkhilaf, jangan berkeras, berlapang dadalah. Pernah dahulu menyakiti hati seseorang, jangan dilukai hatinya lagi, berfikir panjanglah.

Manusia juga sering kali tertipu dan terpedaya dengan bisikan syaitan. Ah, ini tidak mengapa…ini masih syarie katanya. Atas alasan mahu membantu, atas alasan dakwah, atas alasan mahu mendidik, atas alasan kasihankan si fulan/ah, atas alasan saya punya niat ikhlas tiada agenda lain – saya tidak bermaksud demikian dan beribu satu alasan semata-mata untuk membenarkan nafsunya. Ia tidak lebih sebenarnya untuk menegakkan dosa agar tampak seperti pahala!

Untuk menjaga diri, jagalah hak dan had yang ditetapkan. Jangan sesekali melampaui had itu…! Tidak kira apa jua posisi kita berada sama ada sebagai pemimpin, suami, isteri, anak, ibu, bapa atau siapa sahaja.

Penggerak Wawasan Negara

Kursus Orientasi Jurulatih Utama

Mata Pelajaran Bahasa Arab

Peringkat Kebangsaan (Zon A)

13-16 Julai 2010

%d bloggers like this: