Tِeman untuk Iman…


Kembara ilmu di bumi Jordan satu ketika dulu banyak memberi bekas dalam diri saya. Ya, di sana saya belajar banyak perkara. Saya memperolehi kawan dari segenap pelusuk Malaysia juga rakan daripada negara-negara lain. Banyak pengalaman menarik sepanjang 4 tahun di sana. Sekarang, saya digamit perasaan rindu untuk merasakan dinginnya musim sejuk, nyamannya musim bunga di Jordan. Teringat juga betapa angin musim panas yang memaksa saya membeli kipas! Apabila tiba musim sejuk…tengok kipas pun takut…sejuk betul kalau tertekan suis kipas!

Saya belajar di Kuliah Adab, maka tidak berapa ramai pelajar Malaysia di kuliah ini berbanding kuliah syariah. Hubungan sesama rakan sekuliah memang rapat…salah seorang daripada mereka ialah seorang pelajar daripada Indonesia, Habib Ali Hasan AlBahar. Kebetulan rumah sewa beliau berhadapan dengan rumah sewa saya. Silaturrahmi yang dihulur dan diikat antara saya, rakan sekuliah dan beliau amat erat sekali. Beliaulah teman untuk iman saya.

Saya teringatkan sepotong hadis daripada Rasulullah SAW yang secara jelas menyenaraikan 7 golongan yang akan beroleh lindungan Allah di padang mahsyar kelak…pada hari dan ketika itu tiada satu lindungan pun kecuali lindungan daripada Allah SWT.

 

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى جَمِيعًا عَنْ يَحْيَى الْقَطَّانِ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا
عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

 

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Maksudnya…

1. Imam/pemimpin yang adil 2. Remaja yang hidup beribadat kepada Allah 3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid 4. Dua orang lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah 5. Lelaki yang diajak (berbuat dosa)oleh perempuan yang punya kedudukan dan cantik, lantas dia berkata “Aku takutkan Allah!” 6. Lelaki yang bersedekah hinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kirinya (tidak menunjuk-nunjuk) 7. Lelaki yang ketika dia berzikir mengingati Allah sendirian..berlinanganlah air matanya.

Sepanjang perkenalan dengan beliau …. tiada satu ketika pun masa kami akan terluang untuk perkara lagha. Tiada! Hanya kata-kata ilmu dan pandangan bernas. Aneh bukan… tapi beliau yang saya kenal sentiasa menjaga lidahnya dan akhlaknya. Saya begitu senang dengan sahabat yang seorang ini.

 

ali bahar

Berdiskusi santai..saya, Ali dan Shahrul rizal

Baru-baru ini, Majlis Haul Imam Abdullah Al Haddad diadakan di Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur. Habib Ali yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta diundang khas sebagai salah seorang penceramah di majlis tersebut. Saya dan famili ke Kuala Lumpur untuk bertemu beliau. Manakala Ustaz Shahrul rizal bersama anak-anak muridnya turut ke sana. Hati bagai ditarik-tarik ke sana. Ya…bertemu kerana Allah, ikatan yang begitu kuat lagi erat.

 

ali bahar 2

Di majlis tazkirah pd tahun 2007

Saya berdoa kepada Allah agar dilimpahi kepada saya selamanya silaturrahmi semacam ini. Pertemuan dan perpisahan kerana Allah nikmat di dunia…untuk kebahagiaan di akhirat.

DSCN7144

 

 

Advertisements

6 responses to this post.

  1. Posted by hananhamzah on November 3, 2009 at 3:27 am

    sedih la pulak! tak tau kenapa sedih….

    Balas

  2. Posted by Ainol Kusyairi on November 4, 2009 at 4:27 pm

    Assalamualaikum wbt.

    Tuan Zakuan yang dirahmati Allah swt,

    Terima kasih di atas entri ini. Sungguh bermakna entri-entri di blog ini. Sedikit sebanyak terlepas juga rindu kepada sahabat-sahabat. Saya meminta izin dari tuan, saya ingin menyimpan (copy) gambar-gambar tuan bersama Tuan Syed Ali dan sahabat-sahabat yang lain. Saya tunggu jawapan tuan.

    Ainol Kusyairi

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on November 6, 2009 at 6:13 pm

      Waalaikumussalam,

      Boleh saja untuk Tuan copy gambar tersebut untuk simpanan…Tuan juga berhak ke atas gambar-gambar tersebut. Hak silaturrahim…

      Balas

  3. perghhh,,,
    boleh buat novel ni. novel sufi.

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on November 6, 2009 at 6:18 pm

      Zid..

      Kau buatlah satu novel kerohanian..heheh masih lagi dalam konsep amar ma’ruf nahi munkar 🙂
      Jauh dari berbalahan, jauh dari keangkuhan, jauh dari hasad dengki…
      Aku tengah asyik menelaah karya-karya Imam Abdullah AlHaddad…ulama’ ini wafat sekian lama tapi uslub tulisannya seolah dia sedang di sisi bercakap dengan kita. Serasa dekat sekali!

      Balas

  4. Posted by Ainol Kusyairi on November 6, 2009 at 8:16 pm

    Terima kasih, Tuan Zakuan.

    Saya mencadangkan agar Tuan Zakuan menulis sebuah novel. Saya lihat dari gaya penulisan tuan punya gaya seorang novelis. Tuan hanya perlu mengasah bakat yang ada.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: