Puisi buat Aufa Haninah


Tuan Ainol Kusyairi telah mengirimkan kepada saya puisi berbahasa Arab. Sungguh bererti kerana puisi tersebut khusus sempena kelahiran anak ke 4 saya Aufa Haninah (lahir pada 4hb Julai 2008). Berikut puisi yang beliau karang dengan bahr al rajaz. Saya kongsikan bersama kalian. Semoga Tuan Ainol terus aktif berkarya.

بسم الله الرحمن الرحيم

بمناسبة ولادة سيدة أوفى حنينة بنت صحابي المحترم الأستاذ أحمد زكوان رحمهما الله تعالى

تاريخ:4 يوليو 2008

أوفى حنينة

يا يوم تشهدْ أنّ نورا ضاحكا

مستقبلا يا فارحا يا مرحبا

أوفى حنينة أهلا…

وترقص الأشجار في طبل الهوى

والعندليب نازل فيها الجدى

يلوّن الأخبار ألوان النوى

و رفرفت به الطيور بالرضا

تسبح الله العظيم بالهدى

تدعو لها خيرا و حسن التقوى

من : الفقير إلى الله,

محمد عين القشيري

( الحر بوزن الرجز )

Aufa bersama ibunya

Aufa bersama ibunya

Merenung masa depannya....

Merenung masa depannya....

*Tuan Ainol (sahabat sekuliah di Universiti Mu’tah)sekarang penterjemah sepenuh masa dan penulis buku terbitan PTS antara tajuk buku beliau ialah Cerita-cerita motivasi untuk Iman, Cincin Delima Raja, Ikan Nun & Surat Tuhan dan Di manakah Tuhan? Beliau boleh dihubungi melalui http://www.myezwriter.com

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Assalamualaikum w.b.t.

    Tuan Zakuan,

    Terima kasih kerana sudi menyiarkan puisi Arab untuk Aufa Haninah di laman blog ini. Semoga anakanda tuan dan seisi keluarga dalam kandungan sihat dan dilindungi Allah swt.

    Ralat: 1) Puisi ini ditulis mengikut irama Bahar al Rajaz.
    2) Perkataan pada rangkap ‘فيها بالجدى” tidak ada huruf jar (ba).

    Pada perkataan “تشهد” disukunkan di akhir kerana fiil mudhori’ li amr yang bermakna, “Saksikanlah olehmu”. Dan dihilangkan (hazaf) lam al amr di atas tujuan Qasad seperti dalil bait ini (rujuk Mu’jam al Mufassol lil Nahwi al Arabi, m/s:869, Juzuk ke 2) :

    قلت لبوّاب لديه دارها تأذن فإني حمؤها و جارها

    Perkataan fiil mudhori’ lil amr “تأذن” disukunkan pada akhir hurufnya di atas Qasad penyair. Dan huruf lam amr juga turut dihazafkan, (kebiasaannya digunakan pada uslub/gaya syair sahaja).Ia juga dinamakan ضرورة الشعر.

    Malah fiil mudhori lil amr boleh dijazamkan sahaja atas kehendak pencakap tanpa melalui syarat lazim seperti adanya huruf syarat, fiil amr sebelumnya, jawab syarat dan lain-lain lagi. (Pendapat ini banyak disokong oleh mazhab kufi)

    Pada nama “أوفى حنينة” , disukunkan pada huruf terakhir Haninah kerana ‘Hikayah’. Boleh juga dibaca dengan menghidupkan huruf akhirnya.

    Pada perkataan “بالرضا” , saya sengaja meletakkan huruf alif mamdudah. Padahal, ianya boleh ditukarkan kepada huruf alif maqsuroh. Begitu juga “الجدى” , boleh dua wajah iaitu alif mamdudah atau maqsuroh. Sekiranya tuan berasa janggal dengan huruf alif mamdudah pada “بالرضا” , tuan boleh menukarkannya sahaja. Saya sengaja membiarkannya kelihatan janggal.

    Sinopsis Puisi Aufa Haninah:

    Puisi ini menceritakan kegemilangan Aufa Haninah dengan kelahiran beliau. Penyair di sini menjadi periwayat atau pencerita kepada pendengar dan pembaca. Penyair menggunakan unsur-unsur alami seperti siang dan malam (hari), cahaya, pohon kayu, kumpulan burung dan burung Andalib yang comel dan merdu kicauannya sebagai wakil kumpulan burung membawa hadiah kepada Aufa Haninah. Segala unsur alami itu menjadi “تشخيص” dan dibuktikan di dalam al Quran dan Hadis bahawa burung-burung dan alam maya turut bertasbih dan mendoakan mereka yang beriman.

    Inilah ringkasan daripada saya yang fakir di sisi Allah swt. Semoga puisi ini menjadi renungan Aufa Haninah bila besar kelak. Saya doakan Aufa Haninah membesar menjadi hamba Allah yang beriman lagi berilmu. Amin.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: