Pusingan Terakhir 2009


Bangkit

Aaaaahhhhh! Bangun…..lama benar tak update blog ini.

Kini semakin saya tahu betapa istiqamah itu tinggi nilainya.

Tabik hormat dari saya kepada blogger yang aktif kemas kini blog masing-masing, hampir setiap hari. Contohnya Prof Kamil UITM. Hebat!!

Zaujah saya sering ingatkan supaya mengemaskini blog ini. Saya beralasan…sibuk (iya alasan klasik, pada hal ramai yang lebih sibuk dari saya).

2009 semakin menghampiri ke penghujung. Terutama bagi rakan-rakan guru lebih2 lagi merasakan demikian kerana sekolah akan melabuhkan tirai persekolahan setelah peperiksaan akhir tahun berjalan bulan hadapan.

Sejak bertugas di pejabat, saya tidak rasa begitu. Malahan cuti sekolah pun kadang kala terlupa. Bulan ini saya kembali sibuk. Begitu juga rakan-rakan di pejabat. Masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

Bulan ini bulan bahasa kebangsaan. Pada masa yang sama, bulan ini bulan saya jaulah seluruh negeri untuk program Bahasa Arab.

Kursus Pendedahan HSP B Arab TAhun 3 Kegunaan Tahun 2010

14 Okt:  di SK Parit Raja Batu Pahat, 15 Okt : SMK Tun Mamat, Tangkak, 20 Okt: SM Teknik JB dan 21 Okt di SK Taman Kota Jaya K. Tinggi

Kursus ini akan menjelaskan perubahan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab untuk Tahun 3 pada tahun hadapan. Pastinya JLU Bahasa Arab Negeri Johor…antara personel penting menjayakan kursus ini. Terima kasih pada kalian! Jihad ini besar ganjarannya. Para pendokong risalah ini di setiap daerah, di kalangan pegawai PPD  juga bertungkus lumus menyediakan tempat dan mengurus logistik. Semoga Allah membalas usaha ini selayaknya.

Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor

Ia satu program perkongsian maklumat. Guru yang pernah bereskperimen, berinovasi dan membuat kajian meningkatkan P&P Bahasa Arab akan membentangkan pengalaman dan hasil kajian mereka dalam program ini.

Siri 1: 31 Okt di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Parit Raja. Siri 2: 7 Nov di SMK Senai, Kulaijaya.

Semoga Allah permudahkan urusan ini. Usaha mendekatkan kecintaan terhadap Kekasih MU Ya  Allah,

Berbincang ..menyelaras program

Berbincang ..menyelaras program

Antara JLU Bahasa Arab SK..hebat belaka

Antara JLU Bahasa Arab SK..hebat belaka

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Ainol Kusyairi on Oktober 13, 2009 at 10:58 am

    Assalamualaikum wbt.

    Wah, ada entri baru ! Teruskan ! Blog adalah e-diari, maka perlu dikemaskini setiap hari. Barulah saya dan rakan-rakan yang lain akan terus-menerus datang ke sini.

    Hebat ! Pejuang-pejuang Bahasa Melayu sudah berarak beramai-ramai hingga PPSMI tidak lama lagi berkubur. Syabas ! Orang ramai semakin sedar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dipinggirkan sejak sekian lama. Tulisan jawi turut menjadi mangsa pinggiran.

    Syabas ! Bulan Oktober ini menjadi Bulan Bahasa Melayu. Semoga Bahasa Melayu menjadi bahasa berdaulat dan menjadi keutamaan dalam setiap sektor seperti pendidikan, kerjaya, dll.

    Saya ingin menyentuh soal Bahasa Arab. Saya adalah salah seorang pencinta Bahasa Arab. Mengapa tidak ada Bulan atau Hari Bahasa Arab di Malaysia ? Selama ini Bahasa Inggeris menguasai hampir kesemua sektor terutamanya bidang pendidikan dan kerjaya. Seolah-olah Bahasa Inggeris itu bukan bahasa kedua tetapi bahasa rasmi negara. Apa kata, kita jadikan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa kedua menggantikan bahasa Inggeris ? Bahasa Arab lebih hampir dengan Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, tulisan jawi akan kembali hidup seperti dahulu. Yang paling penting, masyarakat hampir kepada al Quran kerana Bahasa Arab Tinggi ialah bahasa al Quran.

    Saya berharap agar pejuang-pejuang Bahasa Arab bertindak seperti pejuang Bahasa Melayu. Saya yakin, pejuang Bahasa Arab sebenarnya di antara mereka adalah pejuang bahasa Melayu juga.

    Di samping ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada Tuan Zakuan dan JLU Bahasa Arab. Mereka bertungkus-lumus menaikkan martabat bahasa Arab di sektor pendidikan Malaysia ini.

    Ainol Kusyairi
    http://www.myezwriter.com

    Balas

  2. Posted by Ainol Kusyairi on Oktober 13, 2009 at 11:46 am

    Assalamualaikum wbt.

    Di sini, saya memberi beberapa cadangan untuk me’mantop’kan blog ini:

    Cadangan-cadangan itu ialah :

    1) Mengadakan ruangan soal jawab yang berkaitan dengan Bahasa Arab. Fokus tertumpu pada golongan:

    a) Pelajar sekolah rendah
    b) Pelajar sekolah menengah
    c) Pelajar kolej dan Universiti
    d) Umum

    Sebagai permulaannya, ruangan soal jawab Bahasa Arab ini difokus pada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Jadikannya ruangan interaktif online. Kesibukan menjadi halangan, maka tetapkan masa dan hari seperti hari Ahad sahaja dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari sebagai contoh. (ikut kesesuaian jadual Tuan)

    2) Sebarkan nama blog ini kepada sekolah-sekolah. Cara sebaran boleh dilakukan melalui berikut:

    a) Ketika melawat sekolah-sekolah dan diselitkan dalam ceramah.

    b) Perkenalkan kepada guru-guru tentang nama blog ini dan ruangan soal jawab bahasa Arab.

    c) Meletakkan iklan blog dan ruangan soal jawab Bahasa Arab di papan maklumat sekolah. Boleh mendapatkan keizinan daripada pihak sekolah.

    c) Diwar-warkan di kedai-kedai kopi internet seperti Facebook.

    d) Edarkan risalah kecil di kawasan-kawasan perumahan.

    2)Ruangan belajar Bahasa Arab-peringkat sekolah, tinggi dan umum. Caranya sama seperti di atas.

    3) Memperbanyakkan entri-entri perbincangan Bahasa Arab dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

    Setakat itu dahulu cadangan saya. Semoga cadangan-cadangan itu dipertimbangkan oleh pihak Tuan. Terima kasih.

    Ainol Kusyairi
    http://www.myezwriter.com

    Balas

  3. Posted by ahmadzakuan on Oktober 14, 2009 at 1:45 pm

    Saudara Ainol,

    Terima kasih atas cadangan dan saranan saudara.
    Insya Allah saya akan ‘explore’ kemudahan dalam wordpress ini untuk mempertingkatkan kecekapan laman ini.

    Ya, kesemua cadangan saudara amat bernas. Saya juga akan menggerakkan rakan-rakan guru lain untuk bergerak aktif dalam alam siber ini. Impak bermuamalah dengan kemudahan siber ini kadangkala amat hebat sambutannya (walaupun pada awalnya merasa tidak percaya dengan impaknya.

    Terima kasih saudara!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: