Doa..doa.


Hari Isnin 18 Ogos yang lepas, YAB TPM @ Menteri Pelajaran bertandang ke Johor Bahru untuk program Bicara bersama Pemimpin sempena program Perhimpunan perpaduan & integrasi pemimpin murid peringkat kebangsaan. Program yang berskala besar ini menuntut pengendalian yang cekap. Jabatan Pelajaran Johor nampaknya berjaya melaksanakan program ini dengan baik sekali. Saya diminta memimpin bacaan doa utk majlis bersama TPM itulah…lalu saya lihat acara yang akan berlangsung dalam majlis tersebut. Ya…ada persembahan pelajar. Saya selalu diminta memimpin bacaan doa…sejak saya bertugas sebagai guru di Batu Pahat. Bermacam majlis saya baca doa. Daripada program peringkat kebangsaan hinggalah majlis harijadi :).. Si pembaca doa selalunya akan diminta duduk di barisan hadapan….tapi paling tepi (supaya senang nak keluar ke pentas!) bukan sebab gred jawatan tinggi :). Isu yang sering ustaz-ustaz perkatakan ialah apa hukum kita baca doa dalam majlis yang ada unsure lagha dan bermaksiat. Ya, inilah isu yang sering kali diaju pada saya. Minta saya jawabkan. Jawapan ustaz-ustaz terbahagi kepada 3 (lebih kurang laa). Satu golongan bertegas kata tak boleh langsung, satu pihak kata boleh saja dan pihak terakhir kata tengok pada acaranya. Jika terlalu banyak maksiat tak boleh. Jika tak terlalu teruk acaranya boleh juga.
Saya mengambil pendirian untuk melihat kepada cara dan kandungan doa bersesuaian dengan majlis yang saya hadiri. Apa yang saya pastikan setiap doa yang saya pimpin saya akan bawakan segala puji dan puja saya kepada Allah SWT. Kita lafazkan kata-kata tauhid. Kita tegaskan keesaan Allah SWT. Tuhan yang Tunggal tiada sekutu bagi Nya. Saya tuturkan selawat kepada Junjungan Agung kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya. Kemudian kita mohon Allah memberikan sekalian yang hadir diberi rahmat, kasih sayang dan hidayah. Petunjukdaripada Allah itu amat penting bagi insan. Lantas saya selitkan juga unsur dakwah. Sebagai contoh kita memohon perkara baik dan dalam masa yang sama kita sebut apa yang kita mohon untuk dihindari. Oh…begitu jadinyahadirin akan tahu apa dia sifat mazmumah, apa dia sifat mahmudah. Berdoalah untuk peroleh hidayah, berdoalah apa sahaja…namun jangan sekali merendahkan diri dengan memohon keberkatan untuk perkara maksiat yang manusia lakukan.
*Jangan baca doa kat majlis pertandingan Bina Badan dan acara renang !!!

Pentas utama

Pentas utama


Sebahagian peserta..1Malaysia.

Sebahagian peserta..1Malaysia.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Ainol Kusyairi on Oktober 11, 2009 at 3:27 pm

    Assalamualaikum, Tuan Zakuan.

    Tuan berkata, “Jangan baca doa di pertandingan bina badan atau acara renang!” Saya pula akan berkata, “Bacalah doa sekalipun pada pertandingan bina badan atau acara renang !” Pelikkah kata-kata saya itu? Sememangnya tempat seperti itu terbuka dan terlalu bebas dengan pelbagai pencemaran mata dan hati. Maklumlah, terbuka aurat terutamanya acara renang yang hanya bercawat.

    Mengapa saya berkata begitu? Doa itu sebenarnya luas bukan hanya berdoa di tempat-tempat elok sahaja. Nabi Muhammad saw menggalakkan kita berdoa hatta sebelum masuk ke tandas. Bukankah tandas itu tempat kotor? Malah ketika berada di dalam tandas pun ada adab yang Nabi ajar.

    Sekiranya saya diminta berdoa untuk acara renang sebagai contohnya, saya akan mendoakan agar Allah swt memberi hidayah kepada mereka yang bercawat-cawat itu termasuk penonton dan penganjur acara. Saya akan berdoa dalam bahasa yang mereka fahami. Sejurus habis berdoa, saya akan cepat-cepat keluar dari situ.

    Bukankah ulama terdahulu seperti Sunan Bonang dari kalangan wali songo pernah berdakwah dan berdoa di tempat maksiat.

    Ainol Kusyairi
    http://www.myezwriter.com

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on Oktober 12, 2009 at 3:04 pm

      Waalaikumussalam…

      Syukran ala azziarah!!!
      Setuju dengan pendapat enta. Namun kita sebagai pemimpin bacaaan doa perlu ada wibawa. Lebih-lebih lagi dalam majlis yang bercampur dengan non muslim, pemakaian yang tidak syarei dsb.
      Sebagai contoh, pernah ana diminta memimpin bacaan doa hari persaraan seseorang. Keadaan kurang terkawal.Bising dan audien berbual sesama sendiri. Karakter kita sebagai pembaca doa perlu jelas. Saya tidak emmulakan bacaan doa sehinggalah audien atau khalayak ketika itu senyap.
      Apa pun jika kita mampu memartabatkan kalimah suci pengharapan kepada Allah di mana pun sahaja, maka kita perlu lakukan. Thanks bro!!

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: