Apa yang anda mahu tunjukkan.


31 Julai dan 1 Ogos yang lalu, saya berada di Bandar Penawar bertugas di Ihtifal jQAF. Tugas menjadi ketua hakim Kalam Jamaei menyeronokkan kerana berpeluang melihat murid-murid di sekolah kebangsaan bertutur dengan baik dalam Bahasa Arab. Sangat mengujakan! Hebat! Hampir kesemua kumpulan yang mewakili daerah-daerah di negeri Johor ini berusaha menunjukkan persembahan terbaik. Maka, apa yang dipersembahkan dan yang ditunjukkan ialah kehebatan mereka menyampaikan mesej dengan bahasa yang teratur, menarik dan meyakinkan.
Lantas ini membawa saya faham bahawa manusia akan cuba menunjukkan sesuatu yang ada di hatinya dengan pelbagai cara. Kadang-kadang bukan dengan perkataan atau lisan. Pendek kata bukan seperti kalam jamaei. Lebih mudah lagi, ada sebahagian kita menunjukkan hasratnya dengan menulis. Tulisan yang membuatkan orang lain membacanya. Semasa dalam pemanduan ke Bandar Penawar, saya senyum sendirian (jangan orang lain ingat saya tak waras sudahlah..) apabila mengekori sebuah kereta. Apa yang dipaparkan di bahagian belakang keretanya membuatkan saya senyum meleret. Ada juga orang yang memaparkan hasratnya demikian rupa. Terdesak barangkali.
” PULANGLAH JANDAKU” inilah ayat yang ditampal di belakang kereta tersebut.
Demikian pulang setelah majlis penutupan ihtifal…pemanduan saya sampai di Kulai maka saya terbaca satu lagi “iklan” menarik di cermin belakang sebuah kereta waja. Wah lebih hebat ayatnya!
” Sesungguhnya …….(nama fulanah/ tak ingat namanya)…. hanyalah satu-satunya isteriku di dunia dan di akhirat”…(nama suami barangkali/pun tak ingat namanya).
Tak dapat pula nak snap gambar!
Apa pun sebenarnya salah satu cara kita mencapai satu-satu matlamat ialah dengan menulis matlamat tersebut dan kita dapat membaca berulang-ulang, lantas kita menghayati matlamat tersebut. Ayuh! Tulis matlamat kita sekarang…tapi yang pelik-pelik tak usahlah buat stiker tampal di kereta. heheh.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Kulaan niring napa taurihingk

    Balas

  2. Posted by Ainol Kusyairi on Oktober 10, 2009 at 4:00 pm

    Assalamualaikum W.B.T.

    Semoga Tuan Zakuan sekeluarga di dalam kandungan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt. Amin.

    Tuan Zakuan,

    Tahniah ! Blog tuan ini sangat menarik isi kandungannya. Ini adalah pertama kali saya berkunjung ke sini.

    Kepada para pelajar yang bertutur bahasa Arab dengan baik, saya ucapkan syabas ! Teruskan usaha anda !

    Memang benar seperti yang tuan katakan itu. Kita sebagai manusia meluahkan isi hati, buah fikiran dan sebagainya melalui berbagai cara. Di antara cara itu ialah seperti yang tuan nampak di cermin belakang kereta itu. Perkataan ” Pulanglah Jandaku !” sangat menarik bunyinya dan menarik perhatian orang ramai.

    Mesej yang disampaikan melalui tulisan seperti buku, bercakap seperti ceramah , atau melalui media seperti televisyen dan internet akan memberi impak yang berbeza kepada kita. Cara mereka menerima mesej-mesej itu tertakluk kepada diri mereka. Ini juga bergantung kepada kekuatan mesej dan bijak komunikasi.

    Sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat saya, Tuan Ahmad Zakuan. Teruskan berkomunikasi di blog ini atau di mana-mana sahaja.

    Tiada contoh komunikasi terbaik melainkan al Quran dan Nabi Muhammad s.a.w.

    Ainol Kusyairi
    http://www.myezwriter.com

    Balas

    • Posted by ahmadzakuan on Oktober 12, 2009 at 3:21 pm

      Waalaikumussalam…

      Semoga komunikasi kita semakin hari semakin akrab.
      Teringatkan tatkala jaulah ke Indonesia 2005, orang alim di sana mengucapkan ‘bil qulub’ sebagai ganti berjabat tangan. Katanya kita akan dapat bertemu lagi dengan berjabat hati…’bil qulub’

      Kita sekarang ‘bil hasub; 🙂

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: