Archive for Ogos 2009

Yang lama dan yang baru….

Bulan Ramadan dikenali juga sebagai bulan Al Quran.
Ini kerana Al Quran diturunkan pada bulan ini. Makanya rahmat Allah sememangnya banyak dan melimpah ruah untuk sesiapa sahaja yang berusaha mendapatkannya.

Saya berazam untuk mengkhatamkan Al Quran secara peribadi (tadarus lain…) pada bulan ini. Strategi untuk beribadah perlu ada. Pada tahun lepas, saya menggunakan Al Quran yang bersaiz sederhana besar. Pada sesetengah keadaan payah nak dibawa atau dengan kata lain, tak boleh nak dimasukkan ke dalam poket baju. Banyak masa terluang yang tidak diisi dengan tilawah. Jadi itu kekangannya…

Sehari sebelum Ramadan saya bersolat Jumaat di Terminal Bas Larkin dan saya sempatkan diri untuk membeli semushaf Al Quran yang saya harap dapat menyelesaikan masalah saya tahun lepas.

Al Quran yang lama itu saya gunakan sejak Disember 1995 (kenangan umrah bersama Mak dan Long). Itulah juga mushaf Al Quran yang menemani saya selama ini.

Oh..sekarang 5 Ramadan. Berapa kali khatam Ramadan kali ini ya?! waLlahul Musta’an .
Anda bagaimana…Ayuh! Fastabiqul Khairaat.

Mushaf kesayangan saya...sejak 1995 lagi.

Mushaf kesayangan saya...sejak 1995 lagi.


Mushaf Ramadan tahun ini...mudah dibawa.

Mushaf Ramadan tahun ini...mudah dibawa.

Advertisements

Doa..doa.

Hari Isnin 18 Ogos yang lepas, YAB TPM @ Menteri Pelajaran bertandang ke Johor Bahru untuk program Bicara bersama Pemimpin sempena program Perhimpunan perpaduan & integrasi pemimpin murid peringkat kebangsaan. Program yang berskala besar ini menuntut pengendalian yang cekap. Jabatan Pelajaran Johor nampaknya berjaya melaksanakan program ini dengan baik sekali. Saya diminta memimpin bacaan doa utk majlis bersama TPM itulah…lalu saya lihat acara yang akan berlangsung dalam majlis tersebut. Ya…ada persembahan pelajar. Saya selalu diminta memimpin bacaan doa…sejak saya bertugas sebagai guru di Batu Pahat. Bermacam majlis saya baca doa. Daripada program peringkat kebangsaan hinggalah majlis harijadi :).. Si pembaca doa selalunya akan diminta duduk di barisan hadapan….tapi paling tepi (supaya senang nak keluar ke pentas!) bukan sebab gred jawatan tinggi :). Isu yang sering ustaz-ustaz perkatakan ialah apa hukum kita baca doa dalam majlis yang ada unsure lagha dan bermaksiat. Ya, inilah isu yang sering kali diaju pada saya. Minta saya jawabkan. Jawapan ustaz-ustaz terbahagi kepada 3 (lebih kurang laa). Satu golongan bertegas kata tak boleh langsung, satu pihak kata boleh saja dan pihak terakhir kata tengok pada acaranya. Jika terlalu banyak maksiat tak boleh. Jika tak terlalu teruk acaranya boleh juga.
Saya mengambil pendirian untuk melihat kepada cara dan kandungan doa bersesuaian dengan majlis yang saya hadiri. Apa yang saya pastikan setiap doa yang saya pimpin saya akan bawakan segala puji dan puja saya kepada Allah SWT. Kita lafazkan kata-kata tauhid. Kita tegaskan keesaan Allah SWT. Tuhan yang Tunggal tiada sekutu bagi Nya. Saya tuturkan selawat kepada Junjungan Agung kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya. Kemudian kita mohon Allah memberikan sekalian yang hadir diberi rahmat, kasih sayang dan hidayah. Petunjukdaripada Allah itu amat penting bagi insan. Lantas saya selitkan juga unsur dakwah. Sebagai contoh kita memohon perkara baik dan dalam masa yang sama kita sebut apa yang kita mohon untuk dihindari. Oh…begitu jadinyahadirin akan tahu apa dia sifat mazmumah, apa dia sifat mahmudah. Berdoalah untuk peroleh hidayah, berdoalah apa sahaja…namun jangan sekali merendahkan diri dengan memohon keberkatan untuk perkara maksiat yang manusia lakukan.
*Jangan baca doa kat majlis pertandingan Bina Badan dan acara renang !!!

Pentas utama

Pentas utama


Sebahagian peserta..1Malaysia.

Sebahagian peserta..1Malaysia.

Kursus Pendedahan Sukatan Pelajaran BA Ting 3

4 hari 3 malam di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka. Berkampung di sana. semua jurulatih didedahkan dengan Sukatan dan huraian Bahasa Arab Ting 3.
Selain daripada itu, aktiviti explorace juga diadakan utk memberikan pengalaman kepada semua jlui. Para pembentang juga hebat-hebat belaka!
Selepas ini, semua jlu akan menyampaikan pula maklumat yang diperolehi kepada guru-guru Bahasa Arab di negeri masing-masing.
Ya, saya makin teruja untuk terus membawa bahasa Arab berkembang dan terus mekar di tanahair ini. Bantulah daku, Ya Allah…

Peserta khusyuk dengan ceramah

Peserta khusyuk dengan ceramah

12082009(002)

Hubbul watan minal iman…

Tahniah Anas!! Anak sulung saya telah menyertai pertandingan nyanyian patriotik dan akhirnya dapat tempat kedua. Meriah betul Plaza Angsana dengan lagu2 patriotik ketika itu. Sikap cinta akan negara memang penting, namun lebih penting lagi sikap itu perlu berterusan bukan setakat semasa kanak2 sahaja.
Kita juga perlu melihat kembali sejarah negara agar tahu duduk sesuatu perkara. Bagaimana asal usul kita, bagaimana susahnya pendakwah menyebarkan cahaya Islam di wilayah nusantara ini. Maka dengan tahu sejarah kita akan lebih gagah mendepani halangan, lebih maju dan kreatif menyahut cabaran…

Sejurus mempersembahkan lagu bersama rakan-rakan

Sejurus mempersembahkan lagu bersama rakan-rakan

Amalan menghadapi wabak influwanzal khinzir

Wabak H1N1 semakin merebak menular dan tersebar marak ke merata tempat. Saya juga bimbang dengan fenomena ini. Di sini saya sarankan kita lihat laman web ini.http://al-fanshuri.blogspot.com/.
Terima kasih kepada tuan web tersebut. Semoga bermanfaat pada kita semua.

Mesyuarat Pembinaan Modul Budaya Kerja Cemerlang JPN Johor

Hari ini dan esok saya di Hotel Seri Malaysia Mersing untuk bermesyuarat bersama-sama kumpulan pegawai SPI dan guru-guru cemerlang negeri Johor merangka modul kerja cemerlang. Semoga modul yang dirangka untuk diguna pakai dalam meningkatkan amalan kerja cemerlang menurut perspektif Islam dapat disempurnkan.

Disebelah Ustaz Omar, Ketua Unit Dakwah

Disebelah Ustaz Omar, Ketua Unit Dakwah

Sibuk menyelesaikan tugasan

Sibuk menyelesaikan tugasan

Apa yang anda mahu tunjukkan.

31 Julai dan 1 Ogos yang lalu, saya berada di Bandar Penawar bertugas di Ihtifal jQAF. Tugas menjadi ketua hakim Kalam Jamaei menyeronokkan kerana berpeluang melihat murid-murid di sekolah kebangsaan bertutur dengan baik dalam Bahasa Arab. Sangat mengujakan! Hebat! Hampir kesemua kumpulan yang mewakili daerah-daerah di negeri Johor ini berusaha menunjukkan persembahan terbaik. Maka, apa yang dipersembahkan dan yang ditunjukkan ialah kehebatan mereka menyampaikan mesej dengan bahasa yang teratur, menarik dan meyakinkan.
Lantas ini membawa saya faham bahawa manusia akan cuba menunjukkan sesuatu yang ada di hatinya dengan pelbagai cara. Kadang-kadang bukan dengan perkataan atau lisan. Pendek kata bukan seperti kalam jamaei. Lebih mudah lagi, ada sebahagian kita menunjukkan hasratnya dengan menulis. Tulisan yang membuatkan orang lain membacanya. Semasa dalam pemanduan ke Bandar Penawar, saya senyum sendirian (jangan orang lain ingat saya tak waras sudahlah..) apabila mengekori sebuah kereta. Apa yang dipaparkan di bahagian belakang keretanya membuatkan saya senyum meleret. Ada juga orang yang memaparkan hasratnya demikian rupa. Terdesak barangkali.
” PULANGLAH JANDAKU” inilah ayat yang ditampal di belakang kereta tersebut.
Demikian pulang setelah majlis penutupan ihtifal…pemanduan saya sampai di Kulai maka saya terbaca satu lagi “iklan” menarik di cermin belakang sebuah kereta waja. Wah lebih hebat ayatnya!
” Sesungguhnya …….(nama fulanah/ tak ingat namanya)…. hanyalah satu-satunya isteriku di dunia dan di akhirat”…(nama suami barangkali/pun tak ingat namanya).
Tak dapat pula nak snap gambar!
Apa pun sebenarnya salah satu cara kita mencapai satu-satu matlamat ialah dengan menulis matlamat tersebut dan kita dapat membaca berulang-ulang, lantas kita menghayati matlamat tersebut. Ayuh! Tulis matlamat kita sekarang…tapi yang pelik-pelik tak usahlah buat stiker tampal di kereta. heheh.

%d bloggers like this: