Benarlah Kerja Lebih Banyak daripada Masa


Benar sekali kata-kata di atas. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam masa yang telah tetap, tidak berubah. 24 jam sehari 7 hari seminggu, 12 bulan dalam setahun.
Saya mula bertugas di SMK Sri Gading pada Januari 2002. Mula dari saat itu, saya berazam mengabdi diri utk melihat Bahasa Arab subur melata di negeri ini. Suka benar melihat perkembangan anak murid yang mula bertutur bahasa ahli syurga ini sesama mereka dan juga dengan gurunya. Saya impikan majalah berbahasa Arab..sudah ada akhirnya-Majalah Mahir. Saya berkhayal patut sudah ada akhbar berbahasa Arab…muncul juga akhirnya-akhbar Ahlan. Malah berita internet Bernama juga menyediakan edisi Arab. Radio Ikim pula patut diberikan kredit kerana slot berbahasa Arab dengan DJnya Pn Mona Jasman.Bila lagi agaknya TV Arab Malaysia. Tak mustahilkan!?
Saudara/i yang berkecimpung dalam pendidikan mesti punya wawasan utk melihat Bahasa Arab ini berkembang dengan lebih pesat. Bahasa Arab sudah patut keluar daripada pagar sekolah lalu melitari papan-papan tanda di kedai-kedai dan jalanan, komunikasi dalam keluarga dan penerbitan maya juga bahan cetak. Wah bayangkan!
Kematian Yasmin Ahmad, pengarah filem terkenal itu yang rebah ketika sesi pembentangan kertas projeknya-sudah tentu tentang penerbitan slot TV-membuatkan saya berkata di hati supaya Allah jadikan jua saya sepertinya watak yang gigih…saya ingin mati ketika gigih bekerja menyebarkan bahasa Arab ini! Ya Allah … bantulah kerja-kerja daku. Hidup matiku hanya untuk-Mu.DSCN3626

Advertisements

2 responses to this post.

  1. info yang sangat bagus, kritis dan membangun….. trim’s

    Balas

  2. Posted by ahmadzakuan on Julai 30, 2009 at 1:28 pm

    To:Peduli Pendidikan

    Terima kasih atas ziarah tuan ke blog ini. Moga ketemu di lain entri.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: