OPERA DUNIA
i. Semalam ,
Seorang anak kecil
Bermain
Tanpa cuba menjenguk jengah dunia hadapan
Semalam,
Seorang anak kecil
Duduk
Dengan penuh mengharap pada Yang Maha Esa
ii. Hari ini,
Seorang remaja dengan hobinya
Menggamit kemaksiatan yang indah padanya
Merosak junjungan ketimuran berzaman.
Hari ini,
Seorang remaja dengan jemaah
merafa’ ibadah himpunan masa
membangkit kegemilangan.
iii. Esok,
Seorang belia mengemis
Bersama tohmahan keji-kejian
Tanpa budi tanpa kebanggaan,
Pergi……..
Esok,
Seorang belia berkarisma murni
Membangkit kegemilangan tamadun silam
Mengukuh ukhuwah bersama membangun,
Mara……
AHMAD ZAKUAN BIN MOHD KHUDZAIRI
Aspura, SMAKJ
1993.











Posted by zaid on Mac 31, 2011 at 7:37 am
waduh,
mantan penyair rupanya kamu!
Posted by ahmadzakuan on April 2, 2011 at 2:31 pm
masa tu nak hantar ke dewan siswa…akhirnya sampai sekarang tak dihantar! upload ke blog je lah
Posted by hananhamzah on Mac 31, 2011 at 12:19 pm
fuiyyooo…. dah lama tak baca sajak awak! ahahahaha….
Posted by Ainol Kusyairi on Julai 4, 2011 at 6:56 pm
Assalamualaikum wbt.
Ustaz Zakuan, apa khabar? Bagaimana keadaannya di Jerman? BIlakah pulang ke tanah air?
Kirim-kirimlah berita dari sana kepada sahabat-sahabat di sini.
Syukran !
- Ainol Kusyairi -
Posted by yana d-yana on Julai 11, 2011 at 1:27 am
thank you i want to get pimmision to get your sajak 4 my school
Posted by ahmadzakuan on Julai 14, 2011 at 1:21 am
boleh sahaja utk saudari manfaatkan sajak itu.