Archive for Disember 2009

Menyanyi untuk bahasa?

Menanyi

Salah satu kaedah pembelajaran bahasa ialah dengan menyanyi dan melagukan isi pembelajaran. Nyanyian mampu merangsang minat dan kemahiran bertutur pelajar.

Dalam pengalaman saya, guru-guru yang mengamalkan kaedah nyanyian dalam pengajaran mereka akan memperolehi manfaat besar! Anak-anak murid mereka minat akan pengajaran guru dan menguasai pembelajaran di kelas. Lebih berbaloi lagi, pengajaran di kelas itu melekat lama…malah walaupun murid itu telah meninggalkan alam persekolahan mereka masih ingat lagi isi pengajaran guru mereka.

Habib Ali Hasan Albahar dalam perbualannya dengan saya mengatakan, jika pembacaan qasidah, syair dan nasyid diselang selikan dengan pengajaran atau kuliah, kesannya lebih baik. Hal ini demikian kerana otak kanan dan kiri akan berfungsi kedua-duanya. Guru-guru Bahasa Arab pernah cuba? Cubalah…walaupun kena buat banyak persediaan sebelum bermula kelas, penat lelah itu akan berbayar dengan melihat anak-anak murid kita gembira dan petah berbicara.

Alahai…saya tak pandai menyanyi laa. Itu antara rungutan kawan-kawan. Jangan  risau, bukankah banyak di pasaran sekarang perisian program bahasa Arab, CD nasyid dan qasidah serta selawat. Belilah. Bermodallah sedikit ianya berbaloi untuk anda.

Malah, lebih mengujakan saya pengalaman rakan saya Ustaz Shahrulrizal yang berjaya melembutkan hati-hati anak muridnya dengan menasyidkan selawat dan qasidah dalam kelas dan kuliahnya.

Ratib

Pembacaan ratib yang di susun oleh para ulama juga bagus diamalkan. Ia adalah himpunan ayat Al Quran, doa-doa daripada hadis Rasulullah SAW dan doa yang dikarang oleh alim ulama’. Pendapat: Ratib tidak ma’thur? (tidak datang daripada sumber AlQuran dan Hadis). Oh tidak benar sama sekali. Benar manusia akan menjadi musuh dengan kejahilannya. Rujuklah ratib Al Attas, ratib Al Hadad, ratib al Iedrus dan banyak lagi. Tiada pertentangan dengan Islam. Mengatakan bahawa terdapat doa dalam ratib yang tidak berasal daripada Rasulullah, adalah pendapat yang mengelirukan. Tidak bolehkan kita berdoa dengan uslub bahasa kita sendiri. Tidak bolehkan kita berdoa dengan doa yang diamal oleh alim ulama kita, malah doa itu direkod juga mujarrab (teruji mudah dimakbulkan).

Usai majlis ratib di Masjid Wadi Hasan

Hidangan wajib, nasi kambing dan air teh.

*para pembaca yang berminat untuk mengikuti majlis ratib al attas dan asmaul husna di masjid wadi hasan bolehlah ke sana pada setiap malam selasa, antara maghrib dan isyak.